28 episodes

Borak Borak bersama Abang Botak tentang isu semasa bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM‪]‬ SYOK Podcast

    • Sports

Borak Borak bersama Abang Botak tentang isu semasa bola sepak tempatan dan antarabangsa.

    Era 'Galacticos' baru! | Borak Borak Botak | Ep28

    Era 'Galacticos' baru! | Borak Borak Botak | Ep28

    Selamat datang ke episod terakhir Borak Borak Botak musim ini! Minggu ini Abang Botak & tetamu, Faiz Gurun bersama Wan Khairil Azwa membincangkan tentang Real Madrid dan peranan Florentino Perez dalam meneruskan legasinya di Real Madrid dengan menghasilkan era 'Galacticos' yang baru? Minggu ini juga memberi fokus pada Pep Guardiola & Man City yang dikhabarkan bakal berpisah pada hujung musim depan, impak kepada Man City jika perkara ini berlaku & 'legasi' Pep Guardiola dalam bola sepak dunia! Minggu ini juga memberi tumpuan kepada EURO 2024 yang bakal membuka tirai tak lama lagi, membincangkan tentang 'badi' tuan rumah EURO, Jerman, selain persiapan juara bertahan, Itali dan juga England yang kali ini sasarkan kejuaraan EURO selepas dikecewakan pada edisi lalu.

    Borak-Borak Botak akan kembali pada musim hadapan tapi sementara itu, jangan lupa tonton sedutan Borak Borak Botak di youtube Astro Arena!

    • 50 min
    'Team of the season' EPL 23/24 | Borak Borak Botak | Ep27

    'Team of the season' EPL 23/24 | Borak Borak Botak | Ep27

    Selamat datang ke episod 27 Borak Borak Botak musim ini ! Minggu ini Abang Botak & tetamu, Akem Aiman bersama Arif Aminuddin membincangkan 'Team of the season' EPL 23/24 pilihan hos & tetamu. Ada yang korang rasa diketepikan dari 'team of the season' EPL? Minggu ini juga memberi fokus pada masalah Napoli di Serie A musim ini dan kelibat & rekod pengurus bertaraf dunia, Antonio Conte yang dikhabarkan bakal memimpin bekas juara Itali tersebut pada musim hadapan. Dan tentunya fokus pada perlawanan akhir, Liga Juara-juara Eropah diantara Borussia Dortmund, dimana Marco Reus tentunya ingin berikan hadiah perpisahan buat 'The Yellow Wall' dan juga Real Madrid yang berada di kelas tersendiri bila kita membincangkan tentang perlawanan akhir UCL.

    Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    • 53 min
    Bila 'giliran' Arsenal pula? | Borak Borak Botak | Ep26

    Bila 'giliran' Arsenal pula? | Borak Borak Botak | Ep26

    Selamat datang ke episod 39 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Faiz Gurun & tetamu, Karami Kamel & Myra membincangkan kekecewaan skuad Mikel Arteta & siapa akan menggantikan tempat Mauricio Pochettino. Bayer Leverkusen yang gagal buru Treble namun perlu fokus kepada Final DFB-Pokal untuk kejuaraan berganda. ‘Irreplaceable’ Toni Kross yang mengejutkan dunia bola sepak dengan persaraan awalnya selepas Euro 2024 & previu final FA Cup. Siapa yang akan jadi juara? Biru atau Merah?

    • 51 min
    Mentor atau Protege: Siapa Juara EPL? | Borak Borak Botak | Ep25

    Mentor atau Protege: Siapa Juara EPL? | Borak Borak Botak | Ep25

    Selamat datang ke episod 25 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Keesh 'Matstats' dan tetamu, Irfan & Kamil Aminuddin, membincangkan tentang saingan minggu terakhir EPL dengan tanda tanya, siapakah bakal menjulang piala tersebut? Mentor atau Protege? Minggu ini juga memberi fokus pada senarai calon 'Player of the Season' EPL dan beberapa nama penting yang tidak disenarai selain mengenang jasa Raphael Varane yang sah bakal tinggalkan Man United pada hujung musim ini.

    Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    • 49 min
    Hanya satu 'Don Carlo' | Borak Borak Botak | Ep24

    Hanya satu 'Don Carlo' | Borak Borak Botak | Ep24

    Selamat datang ke episod 24 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Jimmy & Keesh 'Matstats', membincangkan tentang kejayaan Real Madrid yang mencengkam gelaran LaLiga buat kali ke-36 dalam sejarah mereka selain peranan Carlo Ancelotti dan pemain-pemain seperti Luka Modric & Jude Bellingham dalam mencipta sejarah musim ini. Selain itu, fokus juga pada Marco Reus yang bakal tinggalkan Borussia Dortmund hujung musim ini selepas 12 tahun berkhidmat di kelab tersebut, dan misi terakhir Reus di UCL final nanti untuk menghadiahkan piala keramat tersebut buat kelab kesayangannya. Minggu ini juga kita bincangkan tentang David Raya yang dinobatkan penjaga gol terbaik EPL musim ini selain peranannya dalam mengejar kejayaan di Arsenal musim ini. Isu Erik Ten Hag dan masa depan pengurus tersebut juga menjadi antara topik hangat minggu ini, peminat Man Utd nak #TenHagIn atau #TenHagOut?

    Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    • 49 min
    Vinicius Junior atau Neymar Junior? | Borak Borak Botak | Ep23

    Vinicius Junior atau Neymar Junior? | Borak Borak Botak | Ep23

    Selamat datang ke episod 23 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Fareed Rozaini & BroHanz, membincangkan tentang saingan separuh akhir UEFA Champions League diantara Bayern Munich & Real Madrid dimana analisis perlawanan membuka ruang untuk membincangkan silap pertahanan kelab jerman itu, Kim Min Jae, selain persembahan 'Worldclass' dari Toni Kroos & Vini Jr yang memberi harapan buat Real Madrid di Santiago Bernabeu nanti. Selain itu, fokus juga pada perlawanan Borussia Dortmund & PSG dimana persembahan mencipta sejarah oleh Jadon Sancho menimbulkan tanda tanya tentang masa depan pemain tersebut di Manchester United. Minggu ini juga memberi tumpuan pada Thiago Silva yang baru mengumumkan bahawa beliau bakal tinggalkan Chelsea pada hujung musim nanti. Apa seterusnya buat pemain pertahanan veteran itu? Dan tentunya perlawanan tumpuan pada hujung minggu ini, Liverpool berdepan Tottenham di Anfield! Drama dalaman Liverpool bakal memberi harapan buat Tottenham yang mengejar kedudukan 4 terbaik? Dan siapa Arne Slot yang bakal mengetuai Liverpool pada musim hadapan?

    Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802

    • 50 min

Top Podcasts In Sports

Pardon My Take
Barstool Sports
The Bill Simmons Podcast
The Ringer
The Dan Le Batard Show with Stugotz
Dan Le Batard, Stugotz
New Heights with Jason and Travis Kelce
Wave Sports + Entertainment
The Ryen Russillo Podcast
The Ringer
Club Shay Shay
iHeartPodcasts and The Volume

You Might Also Like

Berbulu dengan Burn - SYOK Podcast [BM]
SYOK Podcast
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
SYOK Podcast
OKLETSGO
Dzar, Dyn & Razie
Jugador
Jugador
Keluar Sekejap
Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
MALAM SERAM
KC Champion